MY NEW LIFE

09:53 PM | AHAD | 07 OGOS 2016


Assalamualaikum rakan bloggers semua, masih ingat Aisya lagi tak ? dah setahun rasanya kita tak gosip-gosip . Sihat tak kamu semua ?
Aisya tak sempat lah nak gosip-gosip dengan korang, banyak sangat kerja kena buat tambahan pula lepas banjir besar hari tu Aisya terpaksa fokus pada kerja saja.

Rasanya ramai newbie blogger tak kenal Aisya, nak buat macam mana Aisya memang tak ada masa nak update apa-apa dekat sini . Kebetulan tadi masa dok godek-godek background untuk buat banner Aisya terfikir nak on blog Aisya ni, bila buka Aisya tengok blog Aisya hodoh sangat ..
Terkejut rasanya tengok blog sendiri macam ni , kemain dulu design blog orang tup tup blog sendiri dah macam apa entah . hehehe

Baca tak tajuk dekat atas tu ? Aisya nak ceritalah dekat korang pasal hidup Aisya sekarang ni, susah senang Aisya sepanjang Aisya menghilang setahun ni , mungkin ada kot yang tertanya-tanya kemana Aisya menghilang setahun ni. sebenarnya Aisya ada je cuma tak sempat nak update atau reply komen korang.

Actually, Aisya bacalah apa yang korang update, cuma Aisya tak tinggal komen je.. maaf ye pada sesapa yang follow Aisya tapi Aisya masih lagi tak follow korang, ada masa nanti Insyallah Aisya akan cuba follow korang semua.

Aisya nak talking talking with korang pasal kerjaya Aisya sekarang ni . Sebenarnya Aisya masih lagi terkejut dengan kerjaya Aisya, tak sangka sekarang ni Aisya jadi designer plak , padahal dulu memang tak pernah terfikir nak kerja macam ni . hahaha tapi dah rezeki kenalah terima lagipun sekarang ni kerja memang susah nak dapat . kalau dapat kerja macam ni sepatutnya kita bersyukur jela.

Mula dari kosong sampailah dah pandai macam-macam, Aisya bersyukur sangat sebab dapat kerja dengan boss yang memahami, Sekarang ni Aisya selalu minta cuti maklumlah family Aisya selalu sakit,Awal tahun 2016 ayah Aisya masuk wad ICU, hampir 3 bulan juga Aisya ulang alik ke hospital , lepas tu beberapa hari lepas kakak Aisya pula yang di tahan wad kerana tangan dia. Aisya terpaksa pula minta cuti untuk jaga kak Aisya dekat wad. Alhamdulillah 2 hari lepas doktor bagi kakak Aisya keluar wad.

Hari ni Aisya start semula kerja, sampai-sampai tempat kerja, fuh  !! tarik nafas panjanglah gamaknya.. Bertimbun-timbun kerjanya sampaikan hari ni Aisya tak sempat nak breakfast atau lunch. kesian perut Aisya terpaksalah tahan lapar. Tapi walaupun bust sangat hari, Aisya cuba juga untuk luangkan masa kongsi life Aisya dengan korang.

Rasanya dah tak ada papa-apa lagi kot yang Aisya boleh taip dekat sini, rasanya macam kepala ni blank sangat.hahaha tak tahu nak kongsi ape lagi dengan korang. Harap korang semua sudilah baca dan kongsi life korang dengan Aisya.

love, Aisya Ieyka .......

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

Tiada ulasan:

Small Cute Purple Pointer