10 TOLAK 1 TINGGAL 9 | ALWAYS REMEMBER YOU

10:54 AM | ISNIN | 14 NOVEMBER 2016
05 NOVEMBER 2016, tarikh yang tak mungkin Aisya sekeluarga dapat lupakan, perginya insan yang kami sayangi. Kehilangan arwah adalah impak yang besar untuk keluarga kami..
YAA!! kami tahu dia mungkin akan tinggalkan kami juga tapi tak sangka seawal ni.

Aisya taknak beritahu nama penuh , cukuplah dengan nama panggilan "KAK DA".... Arwah adalah rakan sebilik, rakan shopping dan rakan borak. Tiap kali balik kerja Aisya mesti pandang sofa yang arwah selalu duduk ketika dia tidak sihat dulu .

Tak pernah sangka raya tahun ini adalah raya terakhir buat arwah, Aisya masih lagi terbayang wajahnya dan suaranya ketika dia bercakap dengan Aisya. Aisya tak kata yang Aisya adik yang baik, Tipulah kalau kata Aisya tak pernah merungut bila menjaga arwah dulu. Aisya manusia biasa Aisya buat semua..

Bila teringat balik benda tu Aisya rasa menyesal . Aisya tanya diri Aisya sendiri . " kenapa aku tak boleh nak layan kak da dengan lebih baik lagi ketika dia masih ada " :kenapa aku selalu halang ape je yang dia minta nak makan, konon-kononnya nak menjaga kesihatan dia" "kenapa aku selalu merungut".. Aisya bukan adik yang baik.. 

Airmata tolong jangan menitis, 

Ma datang untuk borak dengan Aisya semalam, katanya " dulu time kak da masih ada,dia tak suka duduk sorang-sorang. dia mesti nak orang temankan dia". Aisya tahu bila ma kata macam tu sebenarnya ma teringat dekat arwah. Lidah Aisya kelu , Aisya tak tahu nak balas macam mana dekat ma.

Semua adik-beradik sayangkan arwah.. 

Banyak lagi sebenarnya yang Aisya nak tulis tapi Aisya tak tahu macam mana Aisya nak luahkan.. Aisya tak harap pun orang menemani Aisya cukuplah memahami dari jauh. kawan yang dulu susah senang bersama sudah takda..dia mungkin tak tahu pun pasal hal ni.. dan Aisya pun tak rasa nak beritahu dia..

Aisya nak ucapkan terima pada kawan-kawan dekat facebook.. HERO yang selalu ada time Aisya susah senang. terima kasih sangat sayang....

BUAT INSAN YANG AISYA SAYANG DAN AISYA RINDUI....

Al-Fatihah buatmu wahai kakak, doa kami sekeluarga sentiasa bersama. kami takkan pernah lupakan kak da. kak da kakak yang paling terbaik yang pernah adik ada.. Adik tak menyesal langsung dapat jaga kak da.. cuma kalau lah adik tahu semua akan jadi macam ni.. sekali pun takkan pernah adik tinggalkan kak da dekat hospital tapi macam yang orang cakaplah menyesal tak ada guna.. Betul tu memang tak ada guna.. hanya doa dapat mengiringi kak da di sana.. Cinta dan sayang kami pada kak da tetap ada sampai bila- bila.. Kak da tetap di hati kami sekeluarga..

AL-FATIHAH BUAT ARWAH KAKAK YANG PALING KAMI SAYANG.... SAYANG SANGAT DEKAY KAMU WAHAI KAKAK.... !!!

love, Aisya

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

MY NEW LIFE

09:53 PM | AHAD | 07 OGOS 2016


Assalamualaikum rakan bloggers semua, masih ingat Aisya lagi tak ? dah setahun rasanya kita tak gosip-gosip . Sihat tak kamu semua ?
Aisya tak sempat lah nak gosip-gosip dengan korang, banyak sangat kerja kena buat tambahan pula lepas banjir besar hari tu Aisya terpaksa fokus pada kerja saja.

Rasanya ramai newbie blogger tak kenal Aisya, nak buat macam mana Aisya memang tak ada masa nak update apa-apa dekat sini . Kebetulan tadi masa dok godek-godek background untuk buat banner Aisya terfikir nak on blog Aisya ni, bila buka Aisya tengok blog Aisya hodoh sangat ..
Terkejut rasanya tengok blog sendiri macam ni , kemain dulu design blog orang tup tup blog sendiri dah macam apa entah . hehehe

Baca tak tajuk dekat atas tu ? Aisya nak ceritalah dekat korang pasal hidup Aisya sekarang ni, susah senang Aisya sepanjang Aisya menghilang setahun ni , mungkin ada kot yang tertanya-tanya kemana Aisya menghilang setahun ni. sebenarnya Aisya ada je cuma tak sempat nak update atau reply komen korang.

Actually, Aisya bacalah apa yang korang update, cuma Aisya tak tinggal komen je.. maaf ye pada sesapa yang follow Aisya tapi Aisya masih lagi tak follow korang, ada masa nanti Insyallah Aisya akan cuba follow korang semua.

Aisya nak talking talking with korang pasal kerjaya Aisya sekarang ni . Sebenarnya Aisya masih lagi terkejut dengan kerjaya Aisya, tak sangka sekarang ni Aisya jadi designer plak , padahal dulu memang tak pernah terfikir nak kerja macam ni . hahaha tapi dah rezeki kenalah terima lagipun sekarang ni kerja memang susah nak dapat . kalau dapat kerja macam ni sepatutnya kita bersyukur jela.

Mula dari kosong sampailah dah pandai macam-macam, Aisya bersyukur sangat sebab dapat kerja dengan boss yang memahami, Sekarang ni Aisya selalu minta cuti maklumlah family Aisya selalu sakit,Awal tahun 2016 ayah Aisya masuk wad ICU, hampir 3 bulan juga Aisya ulang alik ke hospital , lepas tu beberapa hari lepas kakak Aisya pula yang di tahan wad kerana tangan dia. Aisya terpaksa pula minta cuti untuk jaga kak Aisya dekat wad. Alhamdulillah 2 hari lepas doktor bagi kakak Aisya keluar wad.

Hari ni Aisya start semula kerja, sampai-sampai tempat kerja, fuh  !! tarik nafas panjanglah gamaknya.. Bertimbun-timbun kerjanya sampaikan hari ni Aisya tak sempat nak breakfast atau lunch. kesian perut Aisya terpaksalah tahan lapar. Tapi walaupun bust sangat hari, Aisya cuba juga untuk luangkan masa kongsi life Aisya dengan korang.

Rasanya dah tak ada papa-apa lagi kot yang Aisya boleh taip dekat sini, rasanya macam kepala ni blank sangat.hahaha tak tahu nak kongsi ape lagi dengan korang. Harap korang semua sudilah baca dan kongsi life korang dengan Aisya.

love, Aisya Ieyka .......

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

Small Cute Purple Pointer