Cinta Robot Part 3

09:13 PM | 1 SEPTEMBER 2013
Puan Suhaila segera mendail nombor telefon Fariz.. Ring.Ring. kedengaran telefon bimbit Fariz berbunyi . ketika itu Fariz sedang menumpukan perhatiannya kerana dia sedang memandu. " Assalamualaikum " Puan Suhaila memulakan bicara. 
" waalaikumussalam " jawab Fariz . " Riz sayang, ni mami.. mami call Riz bersebab.mami nak beritahu sesuatu dekat Riz. mami harap sangat Riz takkan tersinggung atau salahkan mami ya. " terang Puan Suhaila.
" sebenarnya ada apa ni mami, bunyi macam penting saja. okeylah Riz takkan rasa apa-apa." tiba-tiba keadaan menjadi sunyi sepi , Puan Suhaila tiba-tiba menyepikan diri. 
" mami? sebenarnya ada apa ni ? ada kaitan dengan kak Mai ke ? " duga Fariz ..
" urmmm, macam mana ya mami nak terangkan pada Riz. Riz tahu kan mami dah anggap Riz ni macam anak mami sendiri tak pernah kurang sikit pun kasih sayang yang mami curahkan pada Riz sama saja macam mami curahkan pada kak Mai kamu. tapi mami nak Riz tahu mami tak boleh nak kecewakan anak mami tu, " ketika itu Puan Suhaila rasa keliru dan rasa bersalah , ditelan mati mak, diluah mati bapa. Fariz sudah dapat mengagak apa yang hendak diberitahu oleh Puan Suhaila kepadanya.
" mami, rasanya Riz dan dapat mengagak apa tujuan mami call Riz ni, tapi tak pastilah betul ke tidak.rasa-rasanya ia ada kaitan dengan kak Mai kan ? mami cuba beritahu Riz ni , Riz janji Riz akan dengar dan takkan melenting." pujuk Fariz ketika itu, dia tahu makcik nya itu sedang hadapi waktu yang sukar.dia juga tahu makcik nya itu amat menyayangi dirinya, mana mungkin makcik nya itu akan melukakan hatinya.
" betul ke Riz nak mami beritahu Riz ni ? Riz takkan menyesal dan benci mami kan ? " sambung Puan Suhaila lagi.
" Insyaallah Riz boleh terima mami." dengan yakin Fariz menjawabnya.apabila Puan Suhaila mendengar suara Fariz yang yakin itu dia membuat keputusan untuk memberitahu Fariz. Padahal dalam hati Fariz hanya Tuhan saja yang tahu, Fariz sangat gementar dan kemungkinan dia tidak dapat menerima perkhabaran yang hendak disampaikan oleh makciknya ini.
" sebenarnya macam ni, kak Mai kamu tu dia mengamuk hari ni.semua barang nak dicampaknya. mami tengah kemas dapur kebetulan mami terdengar dia menjerit-jerit, mami pun bergegas naik ke tingkat atas dan mami terus ketuk pintu biliknya. dia menangis teresak-esak lepas itu dia beritahu sesuatu dekat mami.katanya dia tak suka kamu nasihat-nasihat dia dan dia juga tak suka kamu datang rumah ni. jadi mami minta sangat dengan kamu Riz tolong jangan datang lagi rumah mami. Maafkan mami, mami yang tak pandai nak didik anak. kamu tolong jangan salah faham , bukan niat mami nak buat macam tu. mami tak pernah sekali pun bencikan kamu.mami tahu apa yang kamu nasihatkan tu , semuanya betul. mami harap sangat kamu faham keadaan Umaira, sekarang emosi dia masih lagi tak stabil. bila dah reda nanti tahulah mami nak pujuk dia. jadi buat sementara waktu ni kamu jangan datang dulu ya ? " ketika itu, Fariz diam tanpa kata. terasa kelu lidahnya untuk berbicara. rupanya hal itu yang mengganggu fikirannya makciknya ini. 
" tak apa mami, Riz langsung tak ambil hati.mungkin ada betulnya juga apa yang kak Mai beritahu. Riz orang luar tak patut nak nasihatkan dia.lagipun Riz lebih muda dari dia kan. mungkin tu yang buat dia tersingggung. mami kalau itu yang terbaik, Riz akan turutkan kehendak mami itu. tapi tolonglah mami, jangan sesekali mami rasa bersalah. mami anggap Riz anak mami kan ? jadi jangan rasa bersalah. Riz tak pernah salahkan mami atau salah sangka dengan mami , Riz tahu mami pun terpaksa.Riz dah anggap mami macam mama Riz sendiri. Riz sayang mami . jadi Riz akan buat apa saja asalkan perkara tu boleh buatkan mami Riz ni happy. senyum lah sikit mami, jangan susah hati lagi . " ketika itu Puan Suhaila rasa amat-amat bersyukur kerana dia dikurniakan seorang anak saudara yang amat memahami dirinya.dia tersenyum sendirian.
" sayang! kalaulah kamu ada depan mami sekarang ni dah lama dah mami peluk kamu " kedengaran gelak tawa dari Puan Suhaila.tenang hati Fariz apabila dengar Puan Suhaila sudah mampu ketawa bukan seperti setengah jam lepas yang kedengaran seperti risau dan rasa bersalah.
" okeylah mami, Riz tengah drive ni, nanti kita sambung borak lagi okey." Fariz cuba mengakhiri perbualan itu. 
" baiklah sayang, hati-hati drive, jangan bawa laju sangat okey. nanti jangan lupa kirim salam dekat mama ya.assalamualaikum." 
" insyaallah mami, terima kasih mami. waalaikumussalam."





" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

Cinta Robot part 2

09:59 PM | 13 AUGUST 2013
" Umaira kenapa kamu kata macam tu dekat Fariz ? mesti dia terasa hati dengan kata-kata kamu tadi.Mami nak esok kamu pergi rumah mak ngah dan minta maaf dengan Fariz. boleh kan ? " Puan Suhaila yang tak tahan dengan perangai keanak-anakan Umaira menyuruh Umaira memohon maaf. apa tidaknya Umaira makin lama makin tak tahu nak hormatkan perasaan orang lain. 
tanpa sahutan Umaira terus naik keatas dan masuk ke kamar tidurnya.Puan Suhaila yang melihat gelagat anak perempuan tunggalnya itu hanya mampu gelengkan kepala. ' bilalah agaknya Mai ni nak berubah.sejak si Aiman tu tinggalkan dia macam ni lah perangainya tak nak berubah-ubah ' desis hati kecil Puan Suhaila.
" Jantan tak guna,aku benci kau, kenapa kau datang rumah aku.kau sengaja nak racunkan fikiran mami aku kan . dasar jantan gila " Umaira jerit sekuat mungkin sampaikan suaranya hampir hilang.Puan Suhaila ketika itu sedang mengemas dapur bergegas naik ke tingkat atas dan mengetuk pintu bilik puteri tunggalnya. dia takut perkara yang berlaku lima tahun lalu berulang kembali.
" Mai? kenapa menjerit ni sayang? ape yang berlaku ni? buka pintu ni sayang, cerita dekat mami sapa yang buat Mai jadi macam tu. Umaira sayang buka pintu ni " Puan Suhaila masih lagi memujuk.Umaira ketika itu sudah seperti orang hilang akal. menangis teresak-esak sambil menyebut dia benci lelaki.dia benci hidupnya sekarang.Disaat itu Puan Suhaila berfikir sejenak mungkin belum tiba masanya lagi dia memaksa Umaira buat apa yang Umaira tidak gemar. biarlah Umaira dengan hidupnya yang tidak tentu arah itu . dia lebih rela biarkan Umaira senyap tanpa kata daripada melihat Umaira menjadi seperti ini.
" sayang buka pintu ni .. " Puan Suhaila terus-terusan mendesak supaya anaknya itu membuka pintu.dia risau anaknya akan bertindak tanpa berfikir dengan waras.lima tahun lepas Umaira hampir saja ingin membunuh diri.alhamdulillah Puan Suhaila sempat bertindak sebelum dia berjaya berbuat demikian.
setelah Umaira terdengar ketukan bertalu-talu dari luar pintu Umaira segera membuka pintu kamarnya.
" mami. Mai nak peluk mami " setelah Umaira memulas tombol pintunya Umaira terus memeluk Puan Suhaila dan melepaskan semua kekusutan dan kesedihan yang dia alami saat ini.
" dah dah sayang. jangan menangis lagi. beritahu mami kenapa sayang menangis macam ni sekali ? sapa yang lukakan hati sayang?" tanya Puan Suhaila.
" Mami, Mai tak suka mami suruh Mai berbaik-baik dengan si Fariz tu . Mai tak suka dia , Mai tak suka bila mami selalu sebelahkan dia dan bagi muka sangat dekat dia. kenapa dia selalu datang rumah kita mami? Mai tak suka tengok muka dia mami.Mai benci dia.benci sangat " Umaira meluahkan rasa tidak puas hati terhadap Fariz sambil menangis teresak-esak.
" sebab itu saja ke sayang? tak ada sebab lain? " tanya Puan Suhaila. Umaira mengangguk-angguk tanda mengiakannya.
" sayang. kalau mami tahu kamu stres sebab itu mami takkan teragak-agak untuk beritahu Fariz supaya jangan datang ke sini lagi. tapi kamu pon tahu kan Fariz dengan keluarga kita macam mana? dia sepupu kamu sayang. mami tak boleh nak halang dia sama ada dia nak datang atau dia tak nak datang. nantilah mami try cakap dengan dia. tapi seelok-eloknya kamu cubalah berbaik dengan dia.mami tengok budak Fariz tuh baik saja dengan kamu.dulu masa kecil-kecil kamu rapat dengan dia selalu main pondok-pondok. kenapa bila dah dewasa kamu jadi benci dia sayang? mami tak nak anak mami ni jadi lemah . kan Mai dah janji dengan mami dan papa tak nak jadi lemah lagi . " Puan Suhaila berhati-hati menyusun kata-kata.dia takut anaknya itu akan melenting dan panas barannya itu akan bertambah-tambah.
" mami, Mai tak boleh tengok muka dia mami. ya mungkin dulu kami rapat selalu main sama-sama, tapi sekarang dah lain mami.dulu kami kecil sekarang kami dah dewasa mami. Mai tak boleh nak jadi macam dulu lagi . Mai yang sekarang tak sama lagi dengan Mai yang dulu. kalau boleh Mai tak nak jadi Mai yang dulu yang lemah . bila Aiman tinggalkan Mai, Mai hanya boleh memandangnya dari jauh. Mai tak boleh buat apa-apa termasuk halang pernikahan diorang. Mai tak suka si Fariz tu . dia selalu berlagak yang dia tu sempurna.kononnya nak nasihat Mai. Mai tak suka mami."
Puan Suhaila mengeluh panjang.dia tidak tahu  bagaimana lagi cara untuk membuat Umaira ubah pendiriannya. sudah agak lama Puan Suhaila memerhati gelagat Umaira sampai sekarang dia tidak mampu cari jalan penyelesaian.
" Kalau macam tu baik lah nanti mami beritahu Fariz jangan datang sini lagi. Ada orang tak suka dengannya." ketika itu Umaira sedar bahawa perbuatannya menyebabkan Puan Suhaila sudah hilang sabar dan putus asa.
Puan Suhaila meleraikan pelukan itu dan menuruni anak tangga. katanya dia ingin mengkhabarkan kepada Fariz supaya tidak perlu lagi singgah ke rumahnya.Ketika itu Umaira hanya memandang kepergian Maminya dengan pandangan yang kosong.
Walaupun berat Puan Suhaila tetap perlu lakukan supaya anaknya tidak mengamuk dan menangis lagi.


* bagi yang belum baca lagi part 1 : baca sini ( http://aisyaieyka.blogspot.com/2013/08/cinta-robot-rekaan-semata-mata.html ) enjoy ! :'D

" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

Cinta Robot part 1 ( Rekaan Semata-mata )

04:45 PM | 11 AUGUST 2013
     
Ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di petang hari , begitu sakit kisah cinta yang dialami oleh Umaira Aleesya. Baginya apa yang terjadi adalah sesuatu yang tidak di sangka.Insan yang pernah bertahta di hatinya tinggalkan dirinya begitu sahaja. mungkin dia tidak sempurna seperti insan lain tapi dia adalah dia . Aiman Iskandar memang tidak asing lagi di dalam hidupnya. Umaira terpaksa melalui liku-liku kehidupan tanpa insan yang dia sayang. Demi untuk memenuhi permintaan keluarga tersayang, Aiman Iskandar telah membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka yang sekian lama terjalin dek desakan daripada keluarga Aiman untuk mengahwini Aiman dengan wanita pilihan keluarganya sendiri. Baginya keluarga adalah keutamaan tanpa keluarga siapalah dia. Setabah dan sekuat mana pun Umaira hatinya tetap terluka seperti di hiris sembilu .
" You betul-betul nak tinggalkan i ke sayang ? tapi kenapa ? i dah beritahu dekat you , i tak kisah hidup bermadu asalkan you sentiasa di samping i. " ujar Umaira sambil menangis teresak-esak.
" You dengar sini , i takkan sesekali menduakan you. i tak nak you hidup sengsara. untuk pengetahuan you mama i dah aturkan semuanya dan lusa adalah tarikh i akan di ijabkabulkan dengan dia. i terpaksa terima . i tak nak jadi anak derhaka. you anggap jela kita berdua ni tak ada jodoh . i tahu you seorang wanita yang tabah " Aiman mengusap bahu Umaira supaya bertenang .
" Senang you cakap . yang alami nya i bukannya you . kan kita dah janji akan bersama selama-lamanya . takkan you dah lupa sayang ? " balas Umaira dengan airmata yang masih lagi bersisa di pipinya.
" Listen okey sayang, you cantik, ramai lagi lelaki yang akan cintakan you. i memang sayangkan you cintakan you . tapi i mesti dahulukan family i . diorang yang besarkan i yang jaga i sampai i jadi insan yang berguna. sayang please .... " pujuk Aiman.
ketika itu nafas Umaira sudah turun naik, Umaira tak tahu sama ada keputusan yang dia buat ini betul ataupun tidak . yang pasti Umaira terluka dengan keputusan itu. kenapa insan yang dia sayang mesti menjadi milik orang lain. selama ini dia selalu berbuat baik. tidak pernah sekali pun Umaira menghasut ataupun membuat Aiman untuk berselisih faham dengan keluarga Aiman sendiri walaupun dia menerima pelbagai makian dan cacian Umaira tetap redha dan dia bersedia terima apa sahaja maki hamun sumpah seranah yang di kenakan pada dirinya . Tanpa berfikir panjang Umaira terus memecut laju keretanya tanpa menoleh  ke belakang . ' sayang ! selamat tinggal . hiduplah bahagia bersama dia ' airmatanya tidak mampu lagi di tahan . akhirnya Umaira menangis sekuat hati sambil menghentak stereng kereta . Bagi Umaira hidupnya sudah berakhir, tanpa kasih sayang seorang insan yang dia cintai bagaimana dia ingin meneruskan hidup pada masa yang akan datang .
5 tahun
Lima tahun berlalu tetapi hidup Umaira masih lagi kucar-kacir dan tidak terurus sama seperti lima tahun lalu. sekarang hidupnya sudah tidak seceria dulu. Dengan dirinya seperti robot, tidak bercakap dan tidak langsung keluar berjalan-jalan yang dia tahu hanya terperuk di dalam rumah ataupun di halaman rumah saja, untuk mendengar suaranya pun susah sepatah di tanya sepatah yang dia jawab . Puan Suhaila iaitu Mami kepada Umaira telah menggunakan pelbagai cara untuk membuatkan anaknya itu bercakap dan bergaul dengan orang lain tetapi satu pun tidak berhasil. hati Umaira terlalu keras untuk dilembutkan.
Sampailah satu saat , ketika Umaira sedang membaca buku di laman rumah nya . dia terdengar suara orang memberi salam. Umaira macam biasalah tidak sedikit pun berganjak untuk membuka pintu pagar . Dia hanya membuat muka selamba badak saja.
" kejap-kejap. sayang kenapa tak bukakan pagar tu? kesian dekat si Fariz tu tau. susah payah dia datang sini " kedengaran suara Puan Suhaila berteriak .
" Mami kan ada , Mami jela yang bukakan . Mai malaslah nak bangun.lagipun buat apalah lelaki tu datang rumah kita. Mai tak sukalah " Umaira menunjukkan muka protesnya . dia tak suka maminya berteriak begitu padanya dan satu lagi dia tak suka bercakap perkara yang tidak mendatangkan faedah padanya. Puan Suhaila tergesa-gesa membuka pintu pagar sampai terlupa untuk menanggalkan dulu apron yang digunakannya untuk memasak.
" hah Fariz jemput masuk . jangan malu-malu. kamu jangan ambil hati ya. kak Mai kamu tu biasalah angin satu badan semua benda nak mengamuk. Mami suruh buat kerja sikit dah nak mengamuk. " jelas Puan Suhaila kepada jejaka yang bernama Fariz itu.
" tak apa lah Mami .Riz dah biasa dah .selalunya kalau Riz datang sini gitu lah lagaknya. Riz tak ambil hati pun . macam ni lah Mami, Riz pergi sana lah nak sembang sikit dengan kak Mai. " Fariz minta izin Puan Suhaila untuk bertegur sapa dengan kakak sepupunya itu .
Fariz Uwaiz nama yang tidak asing lagi dalam benak fikiran Umaira dalam lima tahun ini dan nama itu juga sentiasa meniti di bibirnya.Bagi Umaira sepupunya itu sangat busybody .semua benda nak ambil tahu dan Fariz juga sentiasa menasihatinya supaya melangkah kehadapan bukan kebelakang. Setiap baris ayat yang di keluarkan oleh Fariz sentiasa mengundang kemarahan Umaira. Bagi Umaira Fariz selalu berpura-pura baik depan Maminya dan sengaja memerlinya secara senyap-senyap.
" Hai kak Mai . baca apa tu ? boleh Riz duduk tak ? " tegur Fariz dengan nada yang mesra.
" kau apahal datang sini ? kau memang tak ada rumah atau kau ni memang suka jaga tepi kain orang hah ? dan satu lagi buat apa kau minta dengan aku .suka hati kau lah nak duduk ke tidak . lagipun dekat kerusi ni tak tertulis pun nama aku . apahal minta kebenaran dengan aku hah ?"
tanpa sempat Fariz menghulurkan tangan untuk bersalaman Umaira terlebih dahulu bangun dan meninggalkan tempat itu serta merta. Perangai panas baran Umaira Sudah di ketahui oleh Fariz sejak dahulu lagi tapi tidak lah seteruk sekarang, sekarang ini makin menjadi-jadi pantang nampak wajahnya Umaira pasti berteriak . itu lah yang ajaibnya . Kata Puan Suhaila, Umaira tidak gemar bercakap dan sentiasa bersendiri tetapi bila nampak sahaja muka Fariz secara automatik Umaira akan berteriak . syukurlah walaupun Umaira hanya berteriak sekurang-kurangnya masih lagi terdengar suaranya .
" Kenapa pula tu ? masuk saja dalam rumah hentak-hentak kaki ? " Puan Suhaila kehairanan lalu bertanya Fariz ..
" Macam biasalah Mami . kak Mai kan tak suka dekat Riz. dia mengamuk tadi bila Riz tegur dia. Macam Mami tak tahu kak Mai kan memang dari dulu lagi tak suka Riz " Puan Suhaila rasa sangat-sangat bersalah apabila dengar suara Fariz yang sayu . ' mungkin dia terasa hati kot ' bisik Puan Suhaila.
" Riz minta diri dulu lah Mami kalau Riz free Riz datang lagi ya . asssalamualaikum " sebelum pergi Fariz sempat menyalami kedua-dua tangan Puan Suhaila. tanpa senyuman di bibir Fariz terus pulang. saat itu Puan Suhaila rasa amat bersalah dengan sikap anaknya yang dikira tidak rasional itu.


" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

Salam Ramadhan Al-Mubarak

07:41 PM | 08 JULY 2013
Assalamualaikum rakan-rakan muslim sekalian dan selamat petang kepada rakan-rakan yang bukan muslim ,  Korang sedar tak hari RABU nih puasa ? tuh tak kompen lagi . aisya jewp yang dok bising.anak bulan tak nampak lagi setakat nih. sempena bulan puasa nih aisya nak cerita sikit sal bulan puasa , tadi time kat sekolah cikgu ekonomi aisya ade lah cerita serba sikit pasal bulan puasa , katanya ada sorang sahabat Rasulullah nih hanya guna matanya tuk tengok anak bulan . hebat kan ? aisya yang dengar pon terkejut , coz kali pertama dengar , bila fikir-fikir balik ,rupanya tugas cikgu nih memang susah . tugas cikgu nih bukan saje mengajar tapi pencerita pon dia jugak . pemberi nasihat pon peranan dia jugak . memang berat lah tugas cikgu nih. :)
Bila masuk jewp bulan puasa mesti semua beli buah kurma kan ? nak cerita lah serba sedikit kebaikan buah kurma, mungkin dah ada yang tahu dah mungkin jugak ada yang tak tahu . jadi aisya cerita kat korang. setakat yang aisya tahu lah :D
baca bawah nih . nih lah antara kebaikan yang aisya tahu :D
1: ia memberikan tenaga yang segera , jadi andai kata lah korang tak sempat nak bersahur , ade masa lebih kurang 5 minit jewp . korang cepat-cepat pergi cari buah kurma dan makan. di jamin kenyang sampai ke petang . aisya pernah jugak buat camtu . walaupon sebenarnya aisya tak makan sangat buah kurma. 
2: buah kurma jugak kaya dengan serat , ketika kita nak makan buah kurma kita jangan buang kulitnya coz kat kulit tuh lah ada seratnya . so kawan-kawan jangan lupa k ^_<
3: buah kurma nih jugak baik untuk wanita mengandung , ia jugak boleh dijadikan penawar racun . 
asenye banyak lagi kebaikan yang belum aisya sebut . try lah korang cari lagi kebaikan yang lain . taip jewp kat google mesti jumpa . hehehe
di kesempatan nih jugak aisya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan puasa al mubarak . bulan yang baik nih jangan pulak ade yang buat benda bukan-bukan . adeQ-adeQ or Abang-Abang yang suka hisap rokok tuh tahan-tahan lah . bukan lama pon 1 bulan jewp. pastu nak hisap , hisap lah sampai kenyang . yang suka makan tuh ingat-ingat sikit . kita tak tahu usia kita sampai bila. dikesempatan ini kita manfaat lah ia betol-betol . dan jangan lupa ye kawan-kawan solat terawih  .
dah satu lagi aisya nak pesan ! bulan puasa nanti jangan plak membazir , selalu nya bila bulan puasa tentu akan ade family yang membazir . kadang-kadang family aisya pon camtu jugak, semua benda nak pastu tak makan pon . time lapar semua ase nak . betol tak ? bila makan banyak terawih pon ase malas nak g . tambah-tambah hari pertama puasa kan ? so kawan-kawan ingat tau .
Tahun nih kan buat kali pertamanya abang aisya berpuasa di negeri orang , luar semenanjung plak tuh . macam mana lah dia nak puasa kat sana. tapi yang penting raya nanti dia balik . hehe hoorey ! eppy tau baru seminggu asenye tak jumpa dah ase rindu ..
okey lah . nanti ade masa aisya update lagi . sayang korang semua . jangan malas-malas , syaitan suka orang malas :'D


" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

TUTORIAL SCM MUSIC PLAYER MACAM SAYA PUNYA :'D

11 June 2013 | 04:57 PM
Assalamualaikum , buat kali perrtamanya aisya buat tuto untuk korang , ade sorang adeQ comel nih . dia masih tak faham lagi camne nak letak lagu cam dalam blog aisya tuh . so sekarang aisya nak ajar . Insyaallah kalau korang ikut ape yang aisya ajar, korang tentu berjaya :'D

 STEP 1  korang tekan nih http://scmplayer.net/ 

STEP 2  korang pilih warna yang korang berkenan , pastu korang tekan butang yang aisya petakkan tuh :D

STEP  3  pastu korang open new tab , korang taip YOUTUBE dan korang cari lah lagu yang korang suka. nampak tak yang aisya bulatkan tuh ? korang tekan ye :')

STEP 4  korang copy code yang di highlight tuh . . 

STEP 5  korang tekan sini balik pastu paste code yang korang copy tadi . nampak kotak yang panjang tuh ? paste dalam tuh tau . kalau korang nak letak banyak lagu . korang tekan jewp kat yang aisya petakkan tuh , pastu korang ulang balik step tadi :D . dah selesai ? korang tekan seterusnya

STEP 6  kalau korang nak ejass ape-ape , volume nak kuat ke atau nak ulang  lagu yang sama ke . korang tekan jewp yang banyak2 dalam kotak tuh . pastu tekan yang aisya petakkan tuh :*

STEP 7  dah ? alolo senangnya . hehehe sekarang bloeh lah korang copy code yang panjang lebar tuh ..

STEP 8  buka dashboard tekan yang no 1 tuh diikuti no 2 :)

STEP 9   sekarang tekan butang yang aisya bulatkan tuh . . 

STEP 10  langkah akhir tekan cam yang aisya tunjuk tuh , keluar kotak kosong kan ? korang paste code yang panjang tadi kat sini, kalau korang dah ade code lagu tuh sebelum nih , korang delete dulu , pastu baru korang paste yang baru tekan save dan view blog ,, dah selesai ,,, 
SELAMAT MENCUBA , DAN HAPPY BLOGGING <3


" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "

Gelagat Kawan - Kawan 6AE1

9.31 pm | 27 Januari 2013
assalamualaikum budak montel , cute and encem . hehehe aisya nak cterr sal budak kelas aisya nih . aceceh ramai betol budak kelas aisya nih . ade 28 orang . wah ~ ramai dah tuh >.< tapi bunyi cam lain jewp hahaha.
nak tahu nama guru kelas aisya ? nama nya cikgu saodah .tapi aisya tak tahu lah binti ape coz dia tak mengajar aisya . cikgu saodah mengajar subjek sejarah . aisya tak ambik sejarah . aisya ambik geografi . dengan cikgu wan mah . hehehe ;') nama ketua kelas aisya lak mohd fahmi , orangnya encem lah jugak. hahaha * tak tahu nak gambarkan camne * korang gambarkan sendiri lah erk . katanya dia nih pendiam .tuh bukan aisya yang kata tapi tuan badan sendiri .so jangan nak pertikaikan okey .
sekarang aisya nak cterr sal penolong ketua darjah plak . nama nya amira . orangnya sangat manis . selalu senyum . camtu lah murah dengan senyuman . :D penolong kelas aisya nih memang sporting coz tuh ktorang boleh kawan dengan dia . bendahari kelas namanya yasmin , sori sangat tak sempat nak snap pic , orangnya senyap jewp . kecik molek memang sweet lah . hehehe :)
ehem -_- aisya tak tahu sape yang jadi setiausaha dalam kelas so aisya tak yah cterr sal tuh lah boleh ? , kita teruskan dengan penolong setiausaha ya . namanya faiz syafika . orangnya sangat cantik , sopan . tapi jangan main-main tau .dia garang . nampak jewp pendiam . laki jangan dekat nanti dia tembak . hehehe ^^
Sekarang nih aisya cterr pasal putera dalam kelas aisya nih plak , diorang tak ramai pon tolak dengan ketua tadi tinggal lah 4 orang putera . putera pertama namanya akkil , orangnya tak cakap banyak . tapi blerr bercakap berbisa tau . orangnya teramat lah tinggi . blerr nak cakap ngan dia kena dongak cikit . hehehe dia memang rapat glerr dengan fazil , budak sekelas ngan aisya jugak , bila dah jumpa geng . fuhlamak bising. . putera kedua namanya aznisyam a.k.a bob . bob badannya agak gempal * kira cubby lah kot * bob nih ade angin nya . kadang - kadang mai sekolah . kadang - kadang tak . dia anak saudara cikgu wan mah . yang aisya cterr kat atas tadi , dalam kelas dia takde bising sangat . biasa - biasa jewp . dia nerd lah sikit sebab pakai cermin mata.. mulut jahat nih mengata kawan sendiri. haha . bob jangan marah eh..senyum . :D
sekarang nih aisya cerita pasal putera yang ketiga plak namanya abdul fazil , orangnya MASYAALLAH bising betol , tapi sebab dialah kelas jadi ceria. bercakap tak boleh nak berhenti . tapi dengan gelagat dia kami semua terhibur . hehehe >.<.kalau xde dia dalam kelas memang sunyilah.budak2 lain mana ada perangai macam dia. boleh dikatakan dia penyeri kelaslah ... putera yang terakhir . teka - teka ? hahaha namanya mohd ariff , orang nya amat - amat lah pendiam sepatah orang tanya . sepatah lah dia jawab . dia boleh dikatakan rapat jugaklah dengan aisya tau coz aisya selalu jugak mengusik dia kat sekolah.aisya kan jahat+nakal.hahaha opsss sorry :'D. hari tuh dia ada bagi hadiah kat aisya.hah korang jangan nak fikir bukan - bukan erk , sebab tuh besday aisya jewp bkn pape pon . nasib baiklah dia ingat jugak kan.mehlah sambung balik cterr nih. kang melalut tempat lain xbest jugak .. huhu :')
Ariff nih nampak jewp macam penakut tapi bila presentation dia lah yang paling hebat . bercakap kemain petah walaupon ade ayat yang salah , dia sentiasa mencuba .semangat tuh lah yang aisya suka . dia boleh jadi kawan yang baik kepada semua kawan yang lain :D
sekarang aisya cterr pasal puteri - puteri plak , aisya cterr secara ringkas jela ye . kang panjang - panjang korang tak baca plak . buat penat jewp aisya menaip nih. kalau boleh upah best jugak tuh hehe . kita mulakan dengan barisan depan , anasuha , fatin , akmar , yatiey , bilah dan asiah . diorang penyeri kelas 6AE1 , tanpa diorang sunyi lah kelas tuh . tambah - tambah bilah . blerr ade dia kelas automatik jadi ceria . dengan gelak tawanya . hehe * ketawanya memang power * tapi tup tup pindah dok belakang plak minah nih.. adalah tuh krisis dengan sape entah .. aishh budak2 sekolah nih... asyik gaduh jewp . haha padahal aisya oon pernah gaduh jugak. mengata orang jewp pandai nih... :D
so kita perpindah ke barisan kanan plak , haihari , afirah , rafidah , aishah dan saeerah . diorang tak banyak bercakap tapi diorang memang pelajar pintar , tengok muka jewp dah tahu kan . hehehe  aisya selalu jugak usik - usik saeerah . ishh ade -ade jewp aisya nih kan ? hehe =) dah tahu saeerah tuh pemalu . aisya usik jugak...
puteri yang duduk barisan kanan yang terakhir ialah aida dan anis diorang duduk sebelah menyebelah . dorang bercakap blerr perlu jewp , anis rapat jugak dengan aisya . orang nya sentiasa senyum manis ,
eh - eh lupa plak dalam kelas aisya ade 3 orang puteri cina, semuanya cantik - cantik belaka . nama diorang . shiu ying , yu lee dan irene . diorang boleh di jadikan kawan . coz diorang memang cakap banyak sama cam aisya jugak. cara diorang bergaul membuatkan kitorang tak rasa ganjil or pape .Irene tuh aisya kenal dari sekolah lama aisya lagi jadi tak kekok pon nak borak dengan dia :)
jeng - jeng sekarang aisya nak berceloteh pasal geng aisya plak , geng aisya nih ade 4 orang termasuk aisya. kitorang dok barisan yang paling belakang . dekat ngan tandas laki. haruman pon menawan glerr . hahaha ~ kadang - kadang tuh ktorang terpaksa jadi ninja tau . taknak udara yang wangi masuk dalam lubang hidung . haha :) senget kan ?
nama geng aisya yang pertama diyana . orang nya amboi cun melecun , kulitnya putih , bercakap tak payah cakap lah tuh memang kepakaran dia . orangnya sangat peramah .tak kira kenal ke tidak semua dia tegur . bibirnya sentiasa murah dengan senyuman . alolo coz tuh dia bertambah - tambah sweet . nama geng aisya yang kedua ialah hisma , orangnya alohai tinggi menggalah . lau aisya dok sebelah dia ase kecik jewp . maklum lah spesies tinggi agaknya . hehehe *) dia memang kamcen glerr dengan aisya . lau nak gurau benda - benda bodoh boleh lah dengan dia , hehe ! oitt jangan nak mengorat erk , dia dah berpunya . encem lagi bf dia tau . .
geng aisya yang ketiga namanya maini . orang nya kemain lagi manja tapi ayu tau . kuat merajuk . tapi di sebabkan tuh lah aisya selalu usik dia . takde dia dalam kelas menangis aisya. dia bff aisya yang paling rapat katakan . ceh wah * lau maini baca nih kembang jap hidung tuh :D * dia tak banyak songeh tapi bila dah mengamuk siap korang . semua dia tibai . hahaha ~ memang superwoman betol lah . .
sekarang aisya nak cterr sal aisya lak , nama kita , kena gthu jugak ke ? kan korang dah kenal . okey - okey aisya gthu jangan buat muka masam camtu . * syok sendiri * hahaha ...okey nama penuh aisya, siti zulaikhainshah . panggil jewp ika atau aisya . kawan-kawan cakap perangai aisya nih glerr - glerr . lau orang tak usik aisya.. aisya takkan usik orang . mulut fuhlamak lezarr abis makngah . hahaha sape berani meh ar nak kena sembur . aisya tak suka merajuk lah xmainlah merajuk nih.kawan-kawan cakap aisya nih suka sangat buat lawak, lawak plak lawak bodoh . bodoh ke ?hahaha ') nasiblah ...dan tahun lepas aisya bendahari kelas tau , tahun nih aisya lepas jawatan . xde keuntungan lah . bagi jela dekat orang lain plak jawatan tuh . hahaha * padahal xde orang nak bayar,,terus putu asa * hahaha . takmo eh jadi ceti ,  taknak cerita banyak - banyak sal aisya hehe . oh ya aisya dah ade bf tau . * sengaja nak menunjuk jewp * :D    
  amboi best tidur ye kakak2 . haha :D  

   
 tengok lah tuh aishah kusyuk buat keje. hehe :)


 cikgu tengah mengajar . aisya bz snap pic kat belakang . hahaha

 nampak tak ? tuh lah aida . yang baju kuning depan tuh..yang pakai baju kelabu tuh . tuk cikgu muet aisya . puan syarifah dalilah . cikgu nih cantik . baik plak tuh . hehehe <3
eh -eh aisyadah  selesai dah cterr sal budak-budak kelas aisya. giliran korang lak komen entry aisya nih . takpon korang kongsilah sekali gelagat kawan-kawan korang kat sekolah .. baru best hehe . selamat berblogging . daa assalamualaikum . nite :* :')
" Sweet ! Apabila Aisya Ieyka Menaip Entry =)) "


Small Cute Purple Pointer